Sunday, March 01, 2015

PROFIL


MADRASAH NURUL ILMI ditubuhkan pada 2005 dengan jumlah pelajar sebanyak 20 orang pelajar lelaki. Kini, madrasah ini mempunyai seramai 100 orang pelajar tahfiz lelaki.

Bahagian Pengajian Tahfiz mempunyai 4 orang Ustaz yang mengajar 4 buah kelas. Para pelajar menghafaz sehingga 30 juz Al-Quran dalam tempoh 2 hingga 4 tahun dan seterusnya mengambil Syahadah iaitu bacaan Al-Quran 30 juz secara berterusan tanpa melihat mushaf dalam tempoh masa 1 hingga 3 hari.

Buat masa sekarang, MADRASAH NURUL ILMI beroperasi di 3 buah rumah sewa di Kondominium Sri Mahligai, Seksyen 9, Shah Alam dengan kerjasama dari Surau As-Salaam.